CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 7, 2009

REMAJA

apa yg terpanggil mengenai remaja ni bila aku google2 manyak jmpa yg sgt xberfaedah..yg dilakukan oleh remaja mcm aku...umur 20 tahun cam aku belum dikatakan dewasa k...aku masih lg remaja...ape puncanyer kerosakan remaja di luar sana ye??jom kita kenalpasti....
Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
Merasa diri dilayan secara tidak adil
Kesunyian
Sukar memahami emosi
Susah membuat keputusan
Hubungan Dengan IbuBapa
Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.
Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa
Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
Membincangkan masalah anda dengan mereka
Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
Meraikan harijadi mereka
Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...