CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

happy for share!!









Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la! 

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama! 

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee…kalau terkene jangan la mareee..

Saturday, February 19, 2011

TAHUN KE 2.

*awak tau tak erti sebuah tafsir Al-Quran yg saya bagi ni??

#awak perli saya ni...errmm “makan dalam” ni...

*awak kajilah sendiri kenapa saya bagi..saya nak awak lebih berilmu dari saya...nanti saya mengaji awak boleh betulkan bacaan saya,awak boleh ajar saya apa yang awak belajar dr tafsir ni..

#terima kasih awak..saya tak ada hadiah nak bagi awak..

*saya tak berharap apa2 pon..Al-Quran ni saya anggap hati saya untuk awak..awak ingat tuhan...awak akan family awak..awak akan ingat saya.

# moga hubungan ni kekal, terima kasih sebab berkawan dengan saya. Saya sangat hargainya..

*sama-sama.

Waktu berjalan..dah dua tahun kita berkawan!! tp.....

hey babe..saya je yg tau kot..*sigh

Tuesday, February 15, 2011

piece of memory..

Haih....semalam aku “menjoinkn” diri kt ex-student page of SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR, perrgghh...ramai yg dah aku lupakan..ramai jugak yg aku ingt..haha..woott2. sume org masing2 nk mengingat..kelakar lak aku tgk..10 thn berlalu...bukan sng nk ingt,kwn yg pnh rapat sng la nk ingt..apepon thanks a lot pada admins group tu (meor)..ada beberapa bende yg aku xleh lupa ms sek situ dulu..
  • ·         Sebulan sekali ada minggu kebudayaan,setiap dorm kene wat persembahan..plg seronok tgk sketsa..kelakar,sedih,serius....kecik2 dah pndai berlakon ek..
  • ·         Tiap 3 bulan sekali,ada majlis arijd..so tuk org yg happy born on 3 month akan disambut serentak...begitu la 3 bulan seterusnya..
  • ·         Tiap2 petang main bola tampar...gurls dr aspuri akan tgk dr atas si aspura ni main..aspura mula tunjuk jaguh. Kadang2 aspura vs aspuri men bola tampar.syiiiokkk!
  • ·         Pertandingan dorm terbersih...dorm dang anum and ape tah nm dorm 2 tuh..selalu sgt menang...eee jeles!haha.lol.
  • ·         Berbaris amek lauk di dewan makan..budak2 selalu kene usik dgn abg mail yg tukang masak dewan tu..
  • ·         Satu mlm,ms solat isya...tiba2 xderk letrik,pastu iringn “bende” menjerit...kuat sgt..then lampu tbukak blk..ustaz ckp tu bunyi langsuir..eeeee..(tegak bulu roma aku).


·         Ermm mcm2 lg..

Saturday, February 12, 2011

kesayanganku

happy birthday abah!!

21 january 2011
Arini arijd abah yg ke 63...fuh!!abah da begitu berumur...jln pon da slow..tgk pon dan menurun dan agak bongkok...cian abah,dulu kerja berat...kulit sampai burn --- semata2 nk besarkan kami anak beranak...syukur alhamdulillah abah masih lg sihat pd umur ni..love him damn much..kami hormat dgn ketegasan abah...tp skrg abah da mkin tua tuk trus tegas mcm dulu...apa2 pon..aku adalah insan yg paling beruntung sebab ada kedua2 org tua aku...

Happy birtday mak!!!
Huh...10 feb 2011 beatiful day for my mom...Alhamdulillah sampai ke umurnya yg ke 56, i still can call her ‘mak’...love her damn much,..Harap2 mak murah rezeki, dipermudahkan semua urusan, and yg plg penting mak sihat sentiasa disamping  her dearest husband..abah!
Besarnya pengorbanan mak...mak dah lahirkan aku..mak tlg basuhkan baju...mak tlg masakkn tuk aku dan family...mak tlg picit kepala bila aku pening...mak la segala2nya..sob...sob..(bergenang airmata)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...