CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 17, 2009

WAHAI KAUM HAWA

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor hiwan bagi "mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan dapat mengingati apapun keesokkan harinya, dan apa yang berlaku kepadanya.Progesterex mudah larut dalam minuman, akan "mencuci" agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.Kesan dadah ini adalah K.E.K.A.L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini dengan mendapatkannya daripada pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa dikampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali,terutama teman wanita dan gadis remaja.Jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...